Kedengaran mungkin agak lantang, namun penyanyi dan pelakon Azza Elite terpaksa bertegas dengan memberi amaran kepada saudara-maranya dari Selangor dan Kuala Lumpur supaya tidak bertandang ke rumah ibunya di kampung sempena Hari Raya Aidiladha nanti.

Ujar Azza, dia terpaksa bertegas demi kebaikan dan kesihatan ibunya buat masa ini kerana bimbang potensi dijangkiti Covid-19 berpunca akibat aktiviti kunjung-mengunjung.

“Pada saudara-mara dari Selangor dan Kuala Lumpur atau dari mana sahaja yang balik kampung, jangan sesekali anda datang rumah mak saya.

“Awas! Saya haramkan anda datang rumah mak saya ketika ini demi kebaikan dan kesihatannya,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

Ujar Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari, selain ibunya, dia turut bimbang tentang keselamatan anaknya, Marissa dan pak cik yang turut berada di kampung pada ketika ini.

Kata Azza, dia tidak dapat menghalang saudara-maranya untuk melakukan perjalanan rentas negeri dengan pulang ke kampung, tetapi dia memohon supaya mereka tidak mengunjungi rumah ibunya yang difahamkan terletak di Ipoh, Perak.

“Tolonglah, awak nak balik itu awak punya pasal. Tapi jangan nak bawa balik penyakit dan merayap ke rumah saudara-mara. Jangan ‘gatal’ nak bersalaman bagai,” katanya.

Azza berkata mungkin apa yang dia sampaikan itu kedengaran agak kasar dan tidak manis. Namun dia terpaksa demi memikirkan keselamatan dan kesihatan orang tuanya di kampung.

Sebelum ini, Azza pernah berkongsi kebimbangan tentang situasi Covid-19 yang semakin memburuk menerusi sebuah video sambil menangis teresak-esak.

Ujarnya, dia berasa sangat bimbang dengan keadaan itu lebih-lebih lagi apabila memikirkan semakin ramai rakyat yang meninggal dunia akibat wabak tersebut. 

Sumber : Kosmo!

  Kedengaran mungkin agak lantang, namun penyanyi dan pelakon Azza Elite terpaksa bertegas dengan memberi amaran kepada saudara-maranya da...

 

“Alhamdulillah, itu saja saya boleh cakap,”.

Itu reaksi pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ketika mengulas pertanyaan mengenai penampilan isterinya, Fazura yang kini sudah mula berhijab.

Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, berkata, dia bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan.

“Alhamdulillah, dia pun sudah bertudung, memang itulah doa saya selama ini. Sebagai seorang suami mestilah suka tengok penampilan muslimah dia,” katanya sambil tersenyum tanda gembira.

Fattah berkata demikian ketika sesi pelancaran single ketuhanan terbaharu yang berjudul Hamba, kolaborasi bersama komposer Hafiz Hamidun dan penampilan penyanyi rap, Kmy Kmo secara maya bersama media, petang tadi.

Sementara itu bercakap mengenai karakter seorang bapa kepada cahaya mata Nur Fatima Aisya, pelakon itu berkongsi, apabila anaknya meragam sedikit saja Fattah akan cepat-cepat melihat keadaan puteri kesayangannya itu.

“Saya dan Faz tidak boleh atau pantang dengar Fatima macam nak menangis atau pun bersuara sikit. Kami risau mungkin ada yang tidak kena. Saya boleh cakap masa kini lebih banyak diluangkan bersama Fatima.

“InsyaAllah bila Covid-19 sudah tiada, nak bawa Fatima jalan-jalan ke Zoo sebab sekarang ini saya rajin bacakan dia buku-buku haiwan saja,” ujarnya.

Sumber : Utusan

 

  “Alhamdulillah, itu saja saya boleh cakap,”. Itu reaksi pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ketika mengulas pertanyaan mengenai penampilan ...

 

Penyanyi Elyana meluahkan rasa syukur apabila berat badannya kini sudah menunjukkan peningkatan memberangsangkan selepas menjalani rawatan radioterapi sejak minggu lalu.

“Alhamdulillah. Berat saya daripada 35 kilogram (kg), hari ini timbang 42 kg.

“Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu-jemu sedekah makanan kepada saya. Saya sayang anda semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen dalam Instagram.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti tidak putus-putus mendokan kesihatan serta kesejahteraan pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu.

“Alhamdulillah, semoga cepat sembuh. Kuatkan semangat ya.

“Masha-Allah cantik kak Elyana. Muka dah nampak berseri. Semoga penyakit yang akak alami segera pergi jauh,” tulis netizen.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Elyana kini menjalani rawatan radioterapi bermula 16 Jun lalu selama 10 hari sebagai satu cara melawan penyakit kanser limfoma tahap lima yang dihidapinya.

Sebelum ini, Elyana turut mengesahkan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu kini hampir memasuki tahap lima yang merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.  

Sumber : Kosmo!

 

  Penyanyi Elyana meluahkan rasa syukur apabila berat badannya kini sudah menunjukkan peningkatan memberangsangkan selepas menjalani rawata...

 

Aktres Rita Rudaini Mokhtar berhasrat meletakkan titik noktah dalam dunia lakonan, sebelum usia mencecah 50 tahun.

Bukan takut tidak laku atau populariti menjunam pada usia mencecah golongan emas, sebaliknya pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Cinta Gila dan Rahsia Hati itu mahu menjaga hati dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang bakal dihantar mengikuti pengajian tahfiz.

Rita, 45, memulakan kerjaya lakonan lebih dua dekad lalu berkata, dia tidak mahu selamanya bergelar pelakon. Selain itu, keputusan itu juga demi anak-anaknya.

"Saya hanya mempunyai tempoh antara tiga hingga empat tahun sebelum bersara. Pada usia 50 tahun, saya mahu berhenti bergelar pelakon.

"Saya mahu menghabiskan masa di rumah dengan belajar ilmu agama. Sebenarnya, saya merancang menghantar Rayyan dan Arjuna mengikuti pengajian di sekolah tahfiz.

"Saya tak mahu anak-anak melihat saya gigih berlakon ketika itu. Saya kena jaga hati anak-anak," katanya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia ingin cuba mendalami dunia perniagaan seandainya ada rezeki.

"Saya ingin menikmati hidup dengan melihat anak-anak membesar di hadapan mata.

"Sejujurnya, saya seronok duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Saya dapat meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama," kata Rita ketika diundang sebagai tetamu pada program bual bicara, My SuperHeroes: Bangkit Semula yang disiarkan menerusi Facebook Live.

Program berkenaan adalah inisiatif pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam bagi membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan.

Rita berkata, dia tidak mendambakan kehidupan mewah, sebaliknya bersyukur dapat mengusahakan perniagaan minyak wangi secara kecil-kecilan.

Baginya, apa yang penting dapat menyediakan pelajaran, makan pakai dan tempat berlindung untuk anak-anak.

Ketika diajukan pertanyaan tidakkah berhasrat kembali berumah tangga, Rita yang bergelar ibu tunggal sejak lapan tahun lalu berkata, setakat ini, dia langsung tidak mempunyai keinginan ke arah itu.

"Buat masa ini, perasaan mahu kembali bergelar isteri tiada. Pada usia begini, keperluan untuk diri saya tidak ada dan ditolak ketepi. Sekarang adalah masa untuk memberikan fokus pada anak-anak.

"Bagaimanapun, saya bukanlah sombong kerana percaya segala-galanya adalah kuasa Allah. Jika Allah hantar hadiah jodoh, siapalah saya untuk menolak ketentuan takdir.

"Saya akan terima dengan hati yang reda. Saya juga yakin Allah tidak pernah menghantar perkara yang tidak baik kepada kita," katanya.

Mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Rita berkata, dia tidak pernah memikirkan soal berkenaan.

"Seperti dikatakan, saya langsung tidak terlintas mahu mencari jodoh selepas berdepan episod kegagalan rumah tangga. Fokus saya hanya untuk membesarkan anak-anak," kata Rita.

Menurut Rita, dua cahaya matanya adalah segala-gala, perkara paling ditakuti kehilangan mereka.

Akuinya, prosiding mahkamah bagi tuntutan hak penjagaan anak-anak adalah perkara paling ditakuti dan menjadi pengalaman pahit sepanjang hidupnya.

"Kes hak penjagaan anak-anak ibarat penghujung dunia untuk saya. Saya tidak boleh tidur malam, terlalu takut dan lutut tidak boleh berdiri selagi kes berkenaan tidak selesai. Ia adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup.

"Alhamdulillah, anak-anak tidak pernah merasa kekurangan atau kehilangan, walaupun saya membesarkan mereka sendirian. Saya memang memberikan 110 peratus kepada anak-anak.

"Tiada apa-apa lagi untuk hidup saya. Sekarang ini, hidup anak-anak yang patut diberikan perhatian dengan kasih sayang yang tidak pernah dicurahkan kepada orang lain," katanya.

Pada sesi itu, Rita turut berkongsi bagaimana kuat berhadapan dengan masyarakat saat berdepan episod keruntuhan rumah tangga bersama bekas suami yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Namun, Rita berkata, dia juga pada mulanya tidak kuat. Malah, pada awal perceraian enggan keluar rumah kerana terlalu malu dengan ujian yang menimpanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bukannya melakukan dosa mahupun jenayah apabila difikirkan semula.

"Dari situ, saya bingkas bangkit daripada kesedihan. Saya terima ujian ini sebagai pengajaran, Allah ingin menjadikan saya wanita lebih baik.

"Mungkin Allah juga ingin mengangkat martabat saya sebagai janda. Allah sebenarnya selalu bagi perkara baik, cuma kita selalu tersalah sangka.

"Episod kegagalan dalam rumah tangga juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Paling penting, saya mula menjaga solat lima waktu," katanya.

Katanya, dia terlampau mencintai manusia, dapat kahwin dan kemudiannya, dikurniakan cahaya mata suatu ketika dahulu.

"Mungkin belum melalui episod kegagalan dalam hidup menyebabkan saya masih lalai dan tidak tahu bersyukur. Ibu turut bersyukur melihat perubahan diri saya.

"Saya tahu Allah sayangkan saya dan ingin memberikan sesuatu. Sejak menjaga solat dan mula mengaji, banyak perkara indah yang hadir dalam hidup.

"Jika saya terus di situ, mungkin terus alpa. Bagi mereka yang diuji, jangan rasa Allah ingin tarik nikmat atau tidak sayang, tetapi mungkin salah satu cara menjadikan kita lebih baik," katanya.

- Berita Harian

 

 

  Aktres Rita Rudaini Mokhtar berhasrat meletakkan titik noktah dalam dunia lakonan, sebelum usia mencecah 50 tahun. Bukan takut tidak laku ...

 

Ramai yang puji pelakon cantik Mira Filzah kerana masih menjaga keterbatasan auratnya sewaktu menerima suntikan vaksin baru-baru ini.

Sebagai seorang pelakon wanita bertudung, Mira mestilah kena sentiasa peka dan menunjukkan contoh yang baik kepada peminat.

Ada juga peminat pelakon itu bertanyakan soalan, bagaimana cara dia menerima suntikan vaksin tanpa perlu mendedahkan aurat yang terlalu ketara.

Ujar Mira dia memakai baju berlengan besar dan senang untuk disingsing pada bahagian yang hendak disuntik sahaja, tetapi masih menjaga aurat lengan kerana memakai sarung tangan panjang.

Cara yang diajar Mira itu sedikit sebanyak dapat juga memberi idea para wanita lain yang ingin mendapatkan suntikan vaksin nanti.

Sumber : Kosmo!

  Ramai yang puji pelakon cantik Mira Filzah kerana masih menjaga keterbatasan auratnya sewaktu menerima suntikan vaksin baru-baru ini. Seba...

 

Pelawak dari Sepanyol, Juan Joya Borja, atau lebih dikenali sebagai ‘Spanish laughing guy’ meninggal dunia pada Rabu lepas akibat keadaan kesihatannya yang merosot secara tiba-tiba, lapor laman berita BBC semalam.

Borja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Virgen de Rocio, Seville, pada usia 65 tahun.

Dia yang turut dikenali sebagai ‘El Risitas’ yang bermaksud ketawa mengekek itu dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan pada tahun lepas.

Pada Mac lepas, para peminatnya menganjurkan kempen bagi mengumpul dana untuk membeli sebuah skuter elektrik yang dihadiahkan kepadanya selepas salah satu kakinya dipotong.

Borja mula tular di internet pada tahun 2014, beberapa tahun selepas muncul dalam sebuah rancangan televisyen Sepanyol, di mana dia ditemubual oleh pengacara program tersebut yang bertanya mengenai pengalaman buruknya bekerja sebagai pembantu dapur.

Dia kemudiannya bercerita sambil mengeluarkan ketawa yang dianggap unik dan berjangkit sehinggakan sesiapa sahaja yang mendengarnya akan turut ketawa.

Klip video ketawanya yang dimuat naik di YouTube pada tahun 2007 itu kemudiannya dimuat naik semula oleh pengguna internet pada tahun 2014 sebagai parodi dengan meletakkan sari kata daripada babak filem Downfall.

Babak ketawanya itu dijadikan parodi dan meme dalam pelbagai bahasa untuk pelbagai tujuan, daripada kempen politik Mesir sehinggalah pengeluaran produk baharu Apple.

Versi-versi video parodi dan asli itu menerima jutaan tontonan, sekali gus menjadikan Borja sebagai ‘lelaki ketawa’ yang popular di seluruh dunia. 

Sumber : Agensi

 

  Pelawak dari Sepanyol, Juan Joya Borja, atau lebih dikenali sebagai ‘Spanish laughing guy’ meninggal dunia pada Rabu lepas akibat keadaan...

 

“Bertenang semua di luar sana.”

Demikian respon Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, ketika namanya menjadi topik hangat netizen dalam media sosial sejak beberapa hari lalu berhubung isu rentas negeri membabitkan urusan kerja di Pulau Langkawi, Kedah.

Ringkasnya, bekas pengacara MeleTOP itu meminta semua individu yang tidak henti-henti memperkatakan tentang dirinya supaya bertenang.

“Tidak lancar lagi, promosi percuma sudah gegar seluruh negara.

“Syukur rezeki yang Allah SWT atur, sekarang sudah berjuta orang tahu cawangan terbaharu milik saya bakal dibuka di Pulau Langkawi,” tulisnya dalam InstaStory hari ini.

Difahamkan, itu merupakan kenyataan awal yang dikeluarkan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail mengenai isu tersebut.

Terdahulu, dia dan suaminya menerima kecaman hebat daripada netizen kerana dibenarkan merentas negeri meskipun atas urusan kerja.

Pada 30 Mac lalu, Kosmo! melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, berdasarkan permohonan yang dibuat oleh wakil sebuah syarikat produk minuman di Balai Polis Sri Hartamas mendapati, tujuan utama Neelofa dan wakil syarikat terbabit ke Langkawi adalah atas urusan kerja bukannya untuk berbulan madu.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat diijabkabulkan pada 26 Mac lalu dalam sebuah majlis bertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Sumber : Kosmo!

 

  “Bertenang semua di luar sana.” Demikian respon Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, ketika namanya menjadi topik h...

 

Ahli kumpulan Ruffedge, Cat Farish sah bergelar suami kepada pasangannya, seorang pereka fesyen, Suriani Hassan hari ini.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan tersebut hanya dihadiri bapa kepada Cat dan Suriani serta saksi.

Menurut Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan, 46, sudah menjangkakan perkongsian berita gembira itu akan mengejutkan ramai pihak.

“Sebenarnya ini memang majlis yang mengejut sebab tempoh perkenalan kami juga sangat pendek.

“Sudah kenal Suriani empat tahun lalu tetapi hanya sebagai kenalan jauh. Cuma pada Jun lalu, kami mula berkenalan lebih rapat dan dia juga ada tunjukkan reaksi positif.

“Kemudian pada September lalu, saya nekad jumpa keluarganya dan akhirnya bernikah pada hari ini. Jadi boleh dikatakan kami bercinta selepas nikah,” kongsinya kepada Kosmo Online!

Tambah pelakon filem Hantu Wangan itu, sikap suka mengambil berat dan hormat orang tua antara faktor hatinya terpikat kepada wanita berusia 34 tahun itu.

“Dia sangat menjaga ibu bapanya dan kami juga banyak berkongsi persamaan dalam kehidupan,” katanya.

Dalam pada itu, Cat berpendapat berkahwin ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi satu pengalaman yang berbeza buatnya.

Dia juga meluahkan rasa syukur walaupun majlis pernikahannya berlangsung ketika PKPB.

“Memang rasa berbeza dan pelik berkahwin ketika PKPB sebab banyak benda yang dihadkan dan majlis juga tidak boleh diadakan.

“Ada kebaikan dan kesedihan contohnya malam berinai tiada jemputan, majlis nikah juga hanya kami empat beranak sahaja tetapi kebaikannya saya terus boleh dapat sijil dan kad nikah,” ujarnya.

Sementara itu, Cat memaklumkan bahawa majlis sarung cincin dan resepsi persandingan belah perempuan dijangka akan diadakan pada bulan depan.

“Kalau tiada aral, kami merancang untuk majlis sarung cincin pada akhir bulan Disember nanti memandangkan urusan tempahan dewan tidak boleh dibatalkan.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana semua perancangan hari ini berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada yang mendoakan kebahagian kami,” katanya lagi.

Mengulas tentang hubungan anak-anaknya bersama Suriani, Cat memberitahu semuanya dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah hubungan mereka semua baik-baik sahaja.

“Mereka masih dalam proses mengenali dan tidak pasti untuk memanggil Suriani sebagai mummy, bonda, atau ibu,” selorohnya.

Terdahulu, Cat membuat kejutaan selepas memuat naik foto bersama isterinya dalam Instagram dan memaklumkan sudah selamat bernikah pagi tadi.

Cat pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli namun mereka berpisah pada April 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 11 dan Qul Iskandar, 10.

Sumber : Kosmo!

 

  Ahli kumpulan Ruffedge, Cat Farish sah bergelar suami kepada pasangannya, seorang pereka fesyen, Suriani Hassan hari ini. Majlis pernikaha...

 

Penyanyi, Nabila Razali terpaksa menarik diri membuat persembahan menerusi Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 yang bermula malam ini.

Bagaimanapun, tempatnya akan digantikan dengan penyanyi lain yang masih dalam pencarian.

Pengurusnya, Ash atau nama sebenarnya, Mohd Asrul Abdul Talib, berkata Nabila berdepan dengan masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.  

"Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat dan komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini serta MFMF.

"Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar, namun hanya berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik.

"Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara impiannya sebagai penyanyi.

"Nabila sudah menjalani latihan vokal bersama Syafinaz sebagai persiapan awal sejak September lalu. Namun, masalah kesihatan menjadi semakin teruk, sejak minggu lalu," katanya.

Nabila sepatutnya menyanyikan lagu Peluang Kedua pada Ahad ini, iaitu hari terakhir SFMM 35. Bagaimanapun, pihak syarikat masih mencari pengganti.

"Kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenai soal ini akan diberitahu kemudian. Pihak produksi juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.

Bagaimanapun, Nabila tidak boleh memberikan komen berikutan kesihatan yang masih kurang baik. 

- BH

 

  Penyanyi, Nabila Razali terpaksa menarik diri membuat persembahan menerusi Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 yang bermula malam ini....

 

Penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie, 52, bersyukur kerana bakal menimang cahaya mata keenam tahun depan.

Awie yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, berkata, kandungan isterinya kini sudah memasuki usia tujuh bulan.

"Alhamdulillah, syukur. Rezeki baru, doakan yang baik-baik. Saya cuma minta peminat doakan sahaja. Apapun syukur pada Allah swt," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Berita gembira itu turut dikongsi penyanyi kumpulan Wings ini yang memuat naik video di Instagramnya.

Ia memaparkan Awie menemani isterinya untuk membuat pemeriksaan rutin di pusat perubatan di Ampang.

Dia memaklumkan Pakar Obstetrik dan Pakar Sakit Puan hospital berkenaan iaitu Dr Fauziah Mohd Hasan melaksanakan tugasan menyambut kelahiran lima anaknya sebelum ini dengan baik.

Awie turut meletakkan harapan supaya Dr Fauziah melakukan tugasnya dengan baik untuk kelahiran anak keenamnya nanti.

Perkongsian ini mendapat 65,563 tanda suka daripada peminat serta ucapan tahniah daripada mereka serta rakan-rakan artis antaranya Siti Elizad, Saiful Apek, Din Maidin dan Acong Sweetchild. 

Sumber : MyMetro

  Penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie, 52, bersyukur kerana bakal menimang cahaya mata keenam tahun depan. Awie yang sudah empat tahun m...

 

 

Berita yang tular kononnya ‘Erra Fazira’ sudah bernikah pagi semalam dianggap sebagai hikmah buat primadona filem Melayu itu kerana sebelum ini ramai yang bertanya benarkah dia sudah berkahwin secara diam-diam.

Erra Fazira, 47, berkata dia masih lagi sendiri dan khabar angin kononnya sudah bernikah adalah tidak benar sama sekali.

“Ada hikmah apabila cerita ‘Erra Fazira’ kahwin pagi tadi tular. Sekarang orang tahu desas-desus saya sudah jadi isteri orang adalah tidak benar. Saya masih solo.

“Tapi soal jodoh ini, saya sendiri mahu jawapan itu. Buat masa sekarang, kalau ada jodoh itu nanti biarlah kekal hingga akhir hayat. Kalau tidak ada, tak mengapa,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kecoh dunia hiburan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik ucapan tahniah kepada Erra Fazira ketika mengadakan tinjauan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) majlis akad nikah oleh pihak berwajib di Facebooknya.

Perkongsian itu tular sehingga ramai yang menyangka pengantin perempuan tersebut adalah pelakon filem popular tersebut namun, Dr. Zulkifli dalam perkongsian lain menjelaskan wanita itu bukan aktress hebat, Erra Fazira.

Mengulas ‘berita’ itu, Erra pada mulanya terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan itu kepadanya pagi semalam namun, apabila tahu itu sekadar gurauan, dia menganggap itu satu perkara yang lucu.

“Terkejut mulanya, tetapi apabila tahu itu satu gurauan oleh seorang menteri, jadi lucu pula. Saya tidak rasa ralat langsung. Hidup kalau serius sangat pun tak seronok.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira dan suami di atas pernikahan kalian. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga syurga,” katanya.

Sumber : Utusan

    Berita yang tular kononnya ‘Erra Fazira’ sudah bernikah pagi semalam dianggap sebagai hikmah buat primadona filem Melayu itu kerana seb...

 

bu kepada selebriti dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menzahirkan rasa syukur atas ketentuan Allah berikutan anak kesayangannya sudah bertemu lelaki pilihan hati.

Dalam laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkongsi catatan yang menyentuh hati mengenai bagaimana bersykurnya beliau kerana aturan Allah pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.
Katanya, hari ini juga merupakan, hari yang bermakna bagi seluruh keluarganya dan paling ditunggu-tunggu.
 
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. syukurku padamu Ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.
 
“Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.
 
“Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurgaMu nanti.. Amin,” kata Noor Kartini menitipkan doa buat Neelofa.
 
Catatan Noor Kartini itu juga bagaikan memberi bayangan bahawa Neelofa yang kini memilih untuk berpurdah sudah dirisik oleh PU Riz pada Ahad.
 
Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahun depan.
 
Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.
 
Dalam masa sama, sebagai ibu turut mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.
 
“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang .. Mama love you very much,” tambahnya lagi.
 
 Sumber : AWANI
 

  bu kepada selebriti dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menzahirkan rasa syukur atas ketentuan Allah berikutan anak ke...