Nabila Razali tarik diri Semi Final Muzik-Muzik 35

 

Penyanyi, Nabila Razali terpaksa menarik diri membuat persembahan menerusi Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 yang bermula malam ini.

Bagaimanapun, tempatnya akan digantikan dengan penyanyi lain yang masih dalam pencarian.

Pengurusnya, Ash atau nama sebenarnya, Mohd Asrul Abdul Talib, berkata Nabila berdepan dengan masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.  

"Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat dan komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini serta MFMF.

"Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar, namun hanya berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik.

"Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara impiannya sebagai penyanyi.

"Nabila sudah menjalani latihan vokal bersama Syafinaz sebagai persiapan awal sejak September lalu. Namun, masalah kesihatan menjadi semakin teruk, sejak minggu lalu," katanya.

Nabila sepatutnya menyanyikan lagu Peluang Kedua pada Ahad ini, iaitu hari terakhir SFMM 35. Bagaimanapun, pihak syarikat masih mencari pengganti.

"Kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenai soal ini akan diberitahu kemudian. Pihak produksi juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.

Bagaimanapun, Nabila tidak boleh memberikan komen berikutan kesihatan yang masih kurang baik. 

- BH

 

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)

Blogger Informasi

Post a Comment

Previous Post Next Post