Tidak gemar lelaki suka saya - Elfaeza Ul Haq

Tuesday, November 08, 2022

 


Bekas pelakon dan aktivis kemanusiaan, Elfaeza Ul Haq sebelum ini pernah mendedahkan kisah penghijrahannya menerusi sebuah temubual bersama pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun.

Susulan itu, tular sebuah video memaparkan perbualan Elfaeza bersama Ustazah Asma' berhubung soal perkahwinan dan jodoh.

"Eifa adalah lambang wanita yang sabar dalam bab jodoh. Rupa ada, kerjaya ada. Dari segi zahir orang menilai semua lengkap pakejnya.

"Tapi kenapa tidak meniikah sedangkan sudah berumur 37 tahun? Pernah ada rasa tertekan tidak bila orang tanya?," soal Ustazah Asma'.

Jawab selebriti yang berusia 37 tahun ini meluahkan rasa syukur apabila dilindungi oleh Allah SWT kerana terhindar dari melakukan maksiat.

"Nombor satu, kalau nak kata saya ni banyak tolak orang sebenarnya tidak. Malah, Saya bersyukur tak banyak orang yang cuba mendekati saya. Dari saya di usia muda saya bersyukur sebab rasa Allah melindungi saya daripada maksiat.

"Orang yang segan itu bagus. Saya tak suka bila lelaki suka saya. Bila ramai yang tanya tak ada ke orang nak merisik atau ajak berkenalan, memang tiada Alhamdulillah.

"Saya rasa lebih tenang, maknanya Allah melindungi dan buat rasa segan dekat hati lelaki-lelaki yang memandang tu," katanya. 

Sumber : Xtra / Berita Harian

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe