bu kepada selebriti dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menzahirkan rasa syukur atas ketentuan Allah berikutan anak kesayangannya sudah bertemu lelaki pilihan hati.
Dalam
laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkongsi catatan yang
menyentuh hati mengenai bagaimana bersykurnya beliau kerana aturan Allah
pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.
Katanya, hari ini juga merupakan, hari yang bermakna bagi seluruh keluarganya dan paling ditunggu-tunggu.
“Ya
Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. syukurku padamu Ya Rabb.. saat yang ku
tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal
membimbing bidadari kesayanganku.
“Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan
ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya
yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.
“Ya
Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu
disyurgaMu nanti.. Amin,” kata Noor Kartini menitipkan doa buat Neelofa.
Catatan Noor Kartini itu juga bagaikan memberi bayangan bahawa Neelofa
yang kini memilih untuk berpurdah sudah dirisik oleh PU Riz pada Ahad.
Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahun depan.
Sumber
yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga
kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk
menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.
Dalam masa sama, sebagai ibu turut mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.
“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang .. Mama love you very much,” tambahnya lagi.
Sumber : AWANI