Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya cedera selepas terjatuh dalam kejadian di tempat letak kereta di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam.

Ahmad Fedtri cedera pada bahagian muka iaitu kening kiri dan bibir sehingga perlu dijahit.

Mengesahkan perkara itu, TV3 dalam kenyataannya memberitahu, Ahmad Fedtri sedang dirawat di hospital.

"Insiden membabitkan basikal berlaku di tempat letak kereta Sri Pentas selepas siaran langsung MHI, semalam. Ahmad Fedtri sudah selesai menjalani prosedur rawatan dan sedang berehat di hospital.

"Terima kasih atas keprihatinan rakan-rakan media. Sama-sama kita doakan semoga Ahmad Fedtri cepat pulih," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ahmad Fedtri melalui mesej kepada BH Online mengesahkan sedang menjalani rawatan susulan akibat insiden itu.

"Saya hendak membuat pemeriksaan x-ray... Malam tadi, saya selamat menjalani pembedahan kecil.

"Saya mengalami patah tulang pipi, dahi dan bibir koyak serta hidung beralih kedudukan sedikit," katanya.

Isteri penulis lirik terkenal itu turut memaklumkan kejadian menimpa suami melalui Instagram (IG), kira-kira enam jam lalu.

Entri itu turut memaparkan wajah Ahmad Fedtri yang cedera akibat insiden itu.

Sementara itu, pengikut penulis lirik Basyirah itu dan selebriti mendoakan semoga Ahmad Fedtri segera sembuh melalui komen di laman sosial.

Sumber : Berita Harian

 

  Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya cedera selepas terjatuh dalam kejadian di tempat letak kereta di Sri Pentas, Bandar...

 

Sembilan daripada 10 hasil sumber rezeki datangnya daripada perniagaan. Jadi, tidak hairan empat adik beradik yang menggelarkan mereka, The Melvins kini bergelar jutawan muda.

Di saat rakyat Malaysia bergelut dengan hidup berikutan pandemik COVID-19, The Melvins yang terdiri daripada pelakon dan personaliti media sosial, Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa turut berdepan kegetiran dengan dunia perniagaan.

Namun, siapa dapat menidakkan rezeki yang Allah kurniakan buat empat adik beradik itu dalam mengusahakan produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins.

Mengulas khabar angin yang mendakwa mereka kini bergelar jutawan segera, Syifa tidak menafikan berita yang tersebar.

"Syukur ke hadrat Ilahi, rezeki yang diperoleh atas usaha kami adik beradik. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan pemberian-Nya.

"Bagaimanapun, dunia perniagaan bukan seperti lakonan, banyak cabarannya. Kami merasakan masih banyak perkara dan ilmu yang perlu digali untuk menerokai bidang perniagaan.

"Kami bertuah memiliki pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan. Apa yang penting, kami gembira kerana perniagaan yang diusahakan mendapat respon positif peminat yang menjadi pelanggan.

"Prinsip dan keutamaan kami untuk berkongsi rezeki dengan peminat ketika berdepan dengan kegetiran pandemik COVID-19," katanya.

Syifa berkata, dia bersyukur dikurniakan dengan adik-beradik yang positif dan sentiasa berusaha dalam menjalankan perniagaan hingga meraih keuntungan berlipat ganda.

"Tanpa usaha dan sokongan antara satu sama lain tak mungkin perniagaan kami sampai ke tahap ini. Saya tabik kepada tiga adik beradik saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya.

"Salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik. Kami tidak pernah bergaduh, bermasam muka, cemburu, apatah lagi berkira soal duit.

"Kami ingat pesanan ibu bapa, apapun terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Kami kena saling membantu dan menyayangi. Alhamdulillah, tak sangka rezeki Allah kurniakan kami rezeki dalam sekelip mata," katanya yang melancarkan produk kosmetiknya, baru-baru ini.

Pada majlis sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan yang dipasang di lebuh raya seluruh negara.

Sumber : Berita Harian

 

  Sembilan daripada 10 hasil sumber rezeki datangnya daripada perniagaan. Jadi, tidak hairan empat adik beradik yang menggelarkan mereka, ...

 

Pelakon  veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku' meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita kematian Idris, 61, disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah.

Hafiz berkata, jenazah Allahyarham kini dalam perjalanan dari Putrajaya ke rumah mereka di Kepong dan akan diuruskan di Masjid Al-Faizin Kepong sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong.

"Anak arwah juga memaklumkan jika arwah ada berhutang pada sesiapa beliau memohon agar menghubungi pihak waris,” katanya menambah Seniman Malaysia turut mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

Selain drama 7 Hari Mencintaiku', Allahyarham juga pernah muncul dalam drama Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. 

 - Bernama

  Pelakon  veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku' meninggal dunia awal pagi tadi. Ber...

 

Penyanyi dan pelakon yang lebih dikenali sebagai Cik Manggis, mula bertudung..

Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, 30, memberitahu, dia tidak menghebahkan penampilan terbaharunya itu kerana soal penghijrahan bukanlah untuk tatapan ramai. 

"Saya berhijab bukan untuk tatapan umum, sebaliknya untuk diri sendiri. Namun, saya tidaklah merahsiakan, siapa yang bertanya, saya kongsi.

"Soal mengapa saya berhijrah, saya pilih untuk simpan sendiri. Kalau saya berkongsi, saya fikir ia tidak istimewa. Saya mahu rasakan ia sebagai suatu nikmat buat diri sendiri," katanya kepada BH Online.

Cik Manggis mengaku mendorong diri sendiri untuk berhijrah.

"Sebab kita semua hidup dalam proses memperbaiki diri. Setiap hari, kita mahu menjadi yang lebih baik.

"Jadi, saya mahu mendorong diri menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek," katanya.

Tambah Cik Manggis, suaminya, Syazmin Firdaus Aminuddin menjadi insan paling gembira dengan imej baharu itu.

"Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar. Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap.

"Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup. Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya," katanya yang berkahwin pada Oktober 2014.

Cik Manggis yang juga salah seorang daripada trio wanita, De Fam memberitahu, identiti dirinya dalam kumpulan itu masih sama biarpun sudah bertudung.

"Penghijrahan saya tidak memberi kesan buruk pada kerjaya atau De Fam, melainkan kebaikan.

"Sebenarnya, sebelum kami menubuhkan De Fam, kami sudah berbincang bagaimana jika suatu hari nanti kami berhijab.

"Kami tidak fikir ini menggugat perjalanan De Fam. Azira dan Sophia sangat gembira atas penghijrahan saya," katanya.

Cik Manggis percaya mereka tidak mempunyai halangan untuk terus berkecimpung dalam dunia muzik.

"Muzik dan persembahan itu dihasilkan kita. Cuma yang berbeza adalah imej," katanya.

Tetap meneruskan perjuangan bersama De Fam, Manggis berkata, mereka akan tampil dengan single baharu, September depan.

"Kami sedang menyiapkan single baharu, Sepatutnya, single ini dilancarkan bulan ini, namun, disebabkan penularan COVID-19, kami tidak dapat melakukannya," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

  Penyanyi dan pelakon yang lebih dikenali sebagai Cik Manggis , mula bertudung.. Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin ,...



Wany Hasrita mendedahkan tiga aktor kegemarannya dan menjawab persoalan mengapa dia tidak memakan sayur-sayuran.

Menerusi fungsi pertanyaan di laman Instagram, Wany memberitahu dua pelakon tersebut merupakan bintang popular dari Malaysia dan seorang lagi ialah aktor Bollywood.

"Banyak... tapi paling saya suka adalah Remy Ishak dan Beto Kusyairy.

"Soalan antara Shah Rukh Khan dan Hrithik Roshan... Wany pilih Shah Rukh Khan," jawabnya dalam pertanyaan tersebut.

Sementara itu, Wany turut menyatakan alasan dia tidak menggemari sayur-sayuran.

"Sebab bila saya makan sayur ada bunyi yang membuatkan saya ngilu sebab tu tak makan," jawab Wany.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menahan Rindu ini turut berkongsi tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung.

Ujarnya, bagi mereka yang memiliki kulit berminyak perlu mencuci kerap rambut mereka.

"Untuk kulit berminyak saya sarankan mencuci dua hari sekali atau sehari sekali.

"Hair and scalp tonic kena selalu pakai dan rawatan rambut sebulan sekali

- mSTAR

Wany Hasrita mendedahkan tiga aktor kegemarannya dan menjawab persoalan mengapa dia tidak memakan sayur-sayuran. Menerusi fungsi ...