Pasangan penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy sah mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015.
Ia diakui sendiri oleh Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 24, menerusi laman Instagram H! Live.
Syukur Alhamdulillah. Majlis pertunangan saya Stacy telah selamat berlangsung tadi. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Doakan yang terbaik untuk kami pada masa akan datang, katanya menerusi laman tersebut.
Akim bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi sebenar dan tempoh pertunangannya.





Pasangan penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy sah mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015. Ia diakui sendiri oleh Akim ata...


Pelakon Chacha Maembong mengakui sering dijadikan bahan ejekan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 19, berkata, perkara tersebut menjadikan dirinya berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama yang baharu dikenali.

Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih.

Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down. Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah, katanya.

Chacha berkata, biarpun dia tidak menempuhi alam persekolahan, namun dia tetap belajar secara persendirian dan berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 17 tahun.

Katanya, kaedah dan subjek pembelajaran secara persendirian tiada beza dengan apa yang diajar di sekolah. Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja.

Pada saya kebijakkan antara belajar secara home school dengan di sekolah sama sahaja tiada beza pun, katanya.

Chacha yang terlibat dengan drama Oh My English! Class Of 2015 memberitahu teruja dapat belakon adegan alam persekolahan.

Katanya, rakan-rakan yang turut berlakon dalam drama tersebut banyak membantunya mendapatkan situasi ketika berada di alam persekolahan.

Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang penggambaran Oh My English!, mula-mula saya rasa agak kekok juga, namun ramai yang membantu saya. Kami sudah seperti sebuah keluarga, ujarnya.



Pelakon Chacha Maembong mengakui sering dijadikan bahan ejekan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain. Chacha atau ...


Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang Islam.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru. Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin, 24 Ogos 2015.

Stacy yang berasal dari Tawau, Sabah sebelum ini bergama Kristian.


Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar se...







Khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu akhirnya terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki, katanya.

Persoalan mengenai status perhubungan pasangan  itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik foto  bersama di laman Instagram masing-masing.

Malah Nedim juga tidak memuat naik foto Nora dengan kapsyen-kapsyen romantis seperti yang sering dilakukannya sebelum ini.

Sebaliknya, masing-masing mengambil pendekatan memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut punca perpisahan berlaku, Nora mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu.

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya.

Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.

Nora berkata dia mahu memberi lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya dan perniagaan kafe Kopi XOXO miliknya, yang terletak di Rumoda, Bangsar.

Sumber : mSTAR


Khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu akhirnya...


Gara-gara losyen tangan, penyanyi Ziana Zain terpaksa menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya 'terbang' ketika membuat persembahan pada majlis kemuncak Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2015) yang berlangsung Ahad baru-baru ini.

Bagaimanapun Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, menyifatkan insiden yang tersebar dan menjadi viral di media sosial itu sebagai 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.

"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Sejak petang Isnin, video berdurasi 15 saat itu menunjukkan mikrofon yang dipegang Ziana terlepas ketika penyanyi itu mengakhiri persembahannya.

Bagaimanapun Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan 'That's it, Thank You!'.

Ketika itu, tetamu yang hadir terus berdiri dan bersorak di atas sikap profesional penyanyi itu.

Video tersebut menjadi bualan ramai di laman sosial dan ramai yang memuji sikap Ziana yang terbuka dan bersahaja walaupun berhadapan dengan situasi berkenaan.



Gara-gara losyen tangan, penyanyi Ziana Zain terpaksa menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya 'terbang' ketika membu...


Abby Abadi menjelaskan dia tidak menunggu lama untuk membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria kerana ingin mengelakkan fitnah.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, berkata, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia yakin lelaki berkenaan adalah pilihan tepat buatnya.

Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu.

Abby ditemui selepas selesai majlis akad nikahnya yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat, Kuala umpur, Jumaat 14 Ogos 2015.

Abby dan Muhammad Faizal, 41, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Muhammad Faizal  adalah wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan Abby diwalikan bapanya, Abdul Manan Tadin.

Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.

Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.


Abby Abadi menjelaskan dia tidak menunggu lama untuk membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria kerana ingin mengelakka...


Hasrat bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, mahu memulihkan rumah tangga mereka dengan rujuk semula tidak kesampaian apabila aktres itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Megat, 30, berkata, walaupun dia mahu berbaik dengan bekas isterinya itu, dia tetap menerima berita tersebut selain menyifatkan mungkin sudah tiada jodoh  antara mereka.

"Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia.

"Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan," katanya.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, membuat pengumuman bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 33 tahun tidak lama lagi menerusi satu sidang media khas yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam dekat sini pada petang Ahad.

Aktres itu telah melangsungkan majlis pertunangannya pada sebelah pagi di kediamannya yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun, Raja Farah enggan mendedahkan identiti bakal suaminya sehinggalah pada hari pernikahan mereka iaitu pada satu tarikh yang akan akan diberitahu kemudian.

Sementara itu, Megat turut menasihatkan kepada orang ramai terutamanya netizen untuk tidak berprasangka buruk terhadap aktres itu.

"Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya," ujarnya.

Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Pelakon itu kini melalui tempoh edah selama tiga bulan.

- mSTAR


Hasrat bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, mahu memulihkan rumah tangga mereka dengan rujuk semula tidak kesampa...


Pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus memberitahu keputusannya berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad adalah jalan terbaik untuk masa depan masing-masing.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 27, berkata, dia menerima perkara tersebut sebagai ketentuan Allah yang tidak dapat ditentang oleh manusia.

"Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami.

"Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam," ujarnya

Anis mengulas tentang kenyataan pelakon Sharnaaz Ahmad yang mendedahkan hubungan mereka sudah putus sejak lima bulan lalu. Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

- mStar

Pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus memberitahu keputusannya berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad adalah jalan terbaik untuk masa dep...


Penyanyi Akim Ahmad menjelaskan pendedahannya mengenai desas-desus hubungan bersama Stacy dibuat baru-baru ini selepas percintaan mereka mendapat restu daripada keluarga wanita berkenaan.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, dia perlu berhati-hati untuk berbicara soal berkenaan kerana tidak mahu melukakan perasaan sesiapa terutama keluarga kedua belah pihak.

Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif dan tiada halangan untuk kami meneruskan percintaan ini sekaligus mendedahkannya kepada umum selepas tiga tahun kami berkawan.

Restu daripada mereka juga membuatkan kami berani untuk terbuka dalam soal tersebut biarpun sebelum ini kami lebih berhati-hati.

Menerusi temubual bersama Radio Era FM, Akim mengakui yang beliau dapat merasakan perasaan cinta terhadap Stacy dan mereka kini merupakan pasangan kekasih namun tidak mendedahkan sejak bila.

Dalam pada itu, Akim berkata, buat masa ini mereka berdua belum merancang untuk menamatkan zaman solo dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.

Bagaimanapun katanya lagi, pada tahap ini keluarga kedua-dua belah pihak tidak mempunyai halangan sekiranya mereka ingin berkahwin dan merestui cinta mereka.

Belum sampai seru lagi dan Insya-Allah jika ada jodoh antara kami berdua pasti akan diberitahu kepada semua. Keluarga pun sudah beri restu, tinggal lagi kami belum merancang ke arah tersebut, ujarnya.

Sementara itu, Akim berkata, dia tidak akan memaksa Stacy untuk memeluk agama Islam sebaliknya membiarkan perkara itu datang daripada keikhlasan hati wanita itu sendiri.

Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat.

Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri, katanya.

Bagaimanapun kata Akim, sepanjang berkawan dengan wanita berkenaan dia melihat Stacy sangat meminati Islam dan sering bertanya soalan tentang pelbagai perkara kepadanya.

Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab.

Bukan tidak sudi untuk mengajarnya tetapi saya rasa tidak layak berbuat demikian dan sebaiknya dia belajar daripada ustaz atau ustazah, ujarnya.

Sumber : mSTAR


Penyanyi Akim Ahmad menjelaskan pendedahannya mengenai desas-desus hubungan bersama Stacy dibuat baru-baru ini selepas percintaan merek...



Pelakon Almy Nadia menasihati pasangan bercinta agar tidak sesekali mengabaikan kekasih masing-masing kerana ia boleh “memakan diri”.

Almy atau atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, pertunangan sorok-sorok kekasihnya Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang wajar dijadikan pengajaran buat semua pihak.

"Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seserang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya.

"Jangan nanti apabila kita memerlukan orang itu, maka dah terlambat. Selebihnya saya tidak boleh komen dan enggan masuk campur," katanya.

Kontroversi mengenai status hubungan antara Almy dan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, tercetus apabila foto majlis pertunangan pemuda itu dengan seorang wanita telah tersebar di Internet.

Bagaimanapun ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang.

Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.

Sementara itu, ditanya adakah dia ada menghubungi Fizz berhubung perkara itu Almy berkata, dia tidak mahu berbuat demikian kerana enggan mencampuri urusan pemuda itu.

Malah pelakon drama Cermin Kasih Amira (RTM) ini juga tidak menyimpan dendam terhadap Fizz dan sentiasa mendoakan terbaik buat semua orang.

“Saya hanya menerima takdir dengan reda," ujarnya.

- MSTAR Online

Pelakon Almy Nadia menasihati pasangan bercinta agar tidak sesekali mengabaikan kekasih masing-masing kerana ia boleh “memakan diri”. ...