Abby Abadi menjelaskan dia tidak menunggu lama untuk membuat keputusan berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria kerana ingin mengelakkan fitnah.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, berkata, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia yakin lelaki berkenaan adalah pilihan tepat buatnya.
Biarpun sudah mengenali suami sejak 2012 tetapi kami tidak rapat dan hanya kembali berhubung akhir tahun lalu.
Abby ditemui selepas selesai majlis akad nikahnya yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat, Kuala umpur, Jumaat 14 Ogos 2015.
Abby dan Muhammad Faizal, 41, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Muhammad Faizal adalah wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan Abby diwalikan bapanya, Abdul Manan Tadin.
Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al Quran sebagai pengganti wang hantaran.
Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.
Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tujuh tahun.
Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.
Tags:
Abby Abadi