Penyanyi Akim Ahmad menjelaskan pendedahannya mengenai desas-desus hubungan bersama Stacy dibuat baru-baru ini selepas percintaan mereka mendapat restu daripada keluarga wanita berkenaan.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, dia perlu berhati-hati untuk berbicara soal berkenaan kerana tidak mahu melukakan perasaan sesiapa terutama keluarga kedua belah pihak.

Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif dan tiada halangan untuk kami meneruskan percintaan ini sekaligus mendedahkannya kepada umum selepas tiga tahun kami berkawan.

Restu daripada mereka juga membuatkan kami berani untuk terbuka dalam soal tersebut biarpun sebelum ini kami lebih berhati-hati.

Menerusi temubual bersama Radio Era FM, Akim mengakui yang beliau dapat merasakan perasaan cinta terhadap Stacy dan mereka kini merupakan pasangan kekasih namun tidak mendedahkan sejak bila.

Dalam pada itu, Akim berkata, buat masa ini mereka berdua belum merancang untuk menamatkan zaman solo dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.

Bagaimanapun katanya lagi, pada tahap ini keluarga kedua-dua belah pihak tidak mempunyai halangan sekiranya mereka ingin berkahwin dan merestui cinta mereka.

Belum sampai seru lagi dan Insya-Allah jika ada jodoh antara kami berdua pasti akan diberitahu kepada semua. Keluarga pun sudah beri restu, tinggal lagi kami belum merancang ke arah tersebut, ujarnya.

Sementara itu, Akim berkata, dia tidak akan memaksa Stacy untuk memeluk agama Islam sebaliknya membiarkan perkara itu datang daripada keikhlasan hati wanita itu sendiri.

Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat.

Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri, katanya.

Bagaimanapun kata Akim, sepanjang berkawan dengan wanita berkenaan dia melihat Stacy sangat meminati Islam dan sering bertanya soalan tentang pelbagai perkara kepadanya.

Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab.

Bukan tidak sudi untuk mengajarnya tetapi saya rasa tidak layak berbuat demikian dan sebaiknya dia belajar daripada ustaz atau ustazah, ujarnya.

Sumber : mSTAR


Penyanyi Akim Ahmad menjelaskan pendedahannya mengenai desas-desus hubungan bersama Stacy dibuat baru-baru ini selepas percintaan merek...



Pelakon Almy Nadia menasihati pasangan bercinta agar tidak sesekali mengabaikan kekasih masing-masing kerana ia boleh “memakan diri”.

Almy atau atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, pertunangan sorok-sorok kekasihnya Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang wajar dijadikan pengajaran buat semua pihak.

"Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seserang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya.

"Jangan nanti apabila kita memerlukan orang itu, maka dah terlambat. Selebihnya saya tidak boleh komen dan enggan masuk campur," katanya.

Kontroversi mengenai status hubungan antara Almy dan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, tercetus apabila foto majlis pertunangan pemuda itu dengan seorang wanita telah tersebar di Internet.

Bagaimanapun ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang.

Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.

Sementara itu, ditanya adakah dia ada menghubungi Fizz berhubung perkara itu Almy berkata, dia tidak mahu berbuat demikian kerana enggan mencampuri urusan pemuda itu.

Malah pelakon drama Cermin Kasih Amira (RTM) ini juga tidak menyimpan dendam terhadap Fizz dan sentiasa mendoakan terbaik buat semua orang.

“Saya hanya menerima takdir dengan reda," ujarnya.

- MSTAR Online

Pelakon Almy Nadia menasihati pasangan bercinta agar tidak sesekali mengabaikan kekasih masing-masing kerana ia boleh “memakan diri”. ...