Seorang ahli perniagaan iaitu Izdihar Rosland, terkejut apabila dia terbayang wajah selebriti terkenal Neelofa ketika sedang berdoa di Multazam ketika menunaikan ibadah Umrah di Makkah.

Izdihar, 31, berkata kejadian tersebut berlaku pada tiga tahun lalu sebelum dia mengenali pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu.

"Saya sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul ketika saya sedang berdoa sambil menyentuh Multazam. Selain dia, saya juga terbayang wajah abang.

"Kejadian ini terjadi pada tiga tahun lalu. Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah.

"Jadi, tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa yang muncul," kata Izdihar kepada mStar Online.

Izdihar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Fabulous Sdn Bhd, ditemui ketika majlis pelantikan Neelofa sebagai duta produk Chew N' Glow yang berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu Izdihar menganggap bayangan tersebut adalah petanda jodohnya dengan Neelofa dan kini menjadi realiti.

Bagaimanapun menurut Izdihar, ia bukan bermaksud jodoh berkahwin tetapi bekerjasama dengan Neelofa dalam perniagaan produk kesihatan keluaran syarikatnya.

"Tak sangka bayangan tersebut adalah petanda Neelofa jodoh saya. Tapi bukan jodoh kami berkahwin. Jodoh bekerjasama dalam bisnes produk keluaran syarikat saya.

"Selepas daripada itu, saya ada hubungi Neelofa untuk membuat ulasan produk saya di Instagramnya.
"Manakala pada awal tahun ini, saya melantiknya sebagai duta untuk produk Chew N. Glow keluaran syarikat saya," ujarnya.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pula, berkata dia menerima tawaran sebagai duta produk tersebut bukan kerana kisah yang diceritakan Izdihar.

"Saya dapat tahu tentang kisah dia terbayang wajah saya selepas terima tawaran menjadi duta produknya.
"Ketika itu, saya sedang menjalani penggambaran fotografi untuk produk Chew N' Glow. Alhamdulillah, saya sendiri dah cuba produk itu dan hasilnya memang bagus.

"Sebab itu saya terima tawarannya. Bukan disebabkan cerita yang dikongsinya," kata Neelofa.

Produk Chew N' Glow diasimilasi dari ekstrak buah-buahan dan diklasifikasikan sebagai makanan dan ia selamat untuk dimakan oleh bayi, kanak-kanak, wanita hamil juga yang menyusukan anak dan lelaki.

Produk ini mampu membantu mempercepat proses penyembuhan luka di kulit, memberikan sinar pada raut wajah, dan ia juga rawatan alternatif untuk pesakit Eczema dan sangat sesuai pada mereka yang alahan kepada makanan laut.

Dengan hanya berharga RM90 untuk 30 biji, anda boleh membuat pembelian secara talian di laman Instagram Chewnglow.hq atau agen-agen terpilih.

Seorang ahli perniagaan iaitu Izdihar Rosland, terkejut apabila dia terbayang wajah selebriti terkenal Neelofa ketika sedang berdoa di Mu...


Pelakon dan pelawak Zizan Razak tidak menyangka namanya dikenali oleh pembikin filem di Indonesia apabila dia mendapat tawaran berlakon daripada sebuah produksi di negara itu baru-baru ini.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, dia diberitahu namanya dipilih untuk menyertai projek berkenaan kerana pihak produksi menyukai personaliti dan cara lakonannya.

"Ketika mendapat tawaran itu saya bertanya juga adakah mereka mengenali siapa saya kerana sebelum ini saya belum pernah berlakon dalam mana-mana produksi di negara itu.

"Mereka memberitahu mereka sukakan lakonan saya dan ingin saya menyertai dalam projek terbaharu itu.

"Ia adalah projek sepenuhnya produksi Indonesia dan saya satu-satunya pelakon dari Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak terlalu teruja untuk mengembangkan karier di Indonesia sebaliknya lebih kepada ingin merasai pengalaman bekerja dengan produksi luar negara.

"Pada tahap ini saya tidak memikirkan tentang ingin mencipta nama di Indonesia sebaliknya lebih teruja untuk merasai pengalaman berlakon di sana.

"Dari situ nanti banyak yang boleh saya belajar kerana cara bekerja mereka pastinya berbeza dengan krew tempatan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini dia memperlahankan karier seninya kerana ingin memberi perhatian kepada ibadah puasa.

"Banyak tawaran kerja yang saya tolak kerana ingin mengambil kesempatan Ramadan ini untuk diri sendiri selain banyak melakukan ibadah.

"Dengan itu saya dapat menjalani puasa dengan lebih aman dan tenang," katanya.

- mSTAR

Pelakon dan pelawak Zizan Razak tidak menyangka namanya dikenali oleh pembikin filem di Indonesia apabila dia mendapat tawaran berlakon...



Imam Muda Ammar yang dikritik netizen kerana isu vaksin baru-baru ini mengambil keputusan untuk membuang gelaran Imam Muda yang dipegang sebelum ini.

Ammar turut menukar nama akaun Facebook miliknya daripada Imam Muda Ammar kepada Hamba Berdosa.
Menerusi status terbaharunya, Ammar Wan Harun, 32, sekali lagi tampil untuk meminta maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan yang berlaku disebabkan oleh dirinya sendiri.

Dia menyatakan bahawa tulisan sindiran itu timbul kerana perasaan marah disebabkan tulisan yang menyatakan kehebatan vaksin seolah-olah menafikan kuasa Allah.

Baginya, tujuan sebenarnya bukanlah untuk menyokong kumpulan anti vaksin atau sebaliknya kerana dia sendiri membenarkan anaknya untuk diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran.

Ammar sebelum ini dikritik hebat kerana statusnya yang mengaitkan isu agama dengan kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin.

Dia juga merupakan peserta program realiti Imam Muda musim kedua pada 2011 yang menyaksikan Imam Muda Hassan menjadi juara.

- Utusan

Imam Muda Ammar yang dikritik netizen kerana isu vaksin baru-baru ini mengambil keputusan untuk membuang gelaran Imam Muda yang dipeg...



Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat terkejut apabila beg tangan miliknya diragut oleh dua orang lelaki ketika dia sedang berada di sebuah kafe yang terletak di Wangsa Melawati.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.00 tengah malam Jumaat, Ayda baru sahaja sampai di kafe tersebut.

"Saya baru sahaja duduk dan mahu memesan minuman. Selepas saya membuka beg dan mengambil telefon bimbit, tiba-tiba datang dua orang lelaki ke meja saya dan melarikan beg tangan saya.

"Dalam beg tersebut terdapat wang tunai, kunci kereta, dompet dan benda-benda penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank. Malangnya, tiada kamera litar tertutup di kawasan kafe untuk mengenalpasti individu yang tidak bertanggungjawab itu dan saya terus segera membuat laporan polis," kata Ayda.

Membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, Ayda enggan berkongsi kerugian yang dialaminya.

"Atas nasihat pihak polis, saya tidak boleh dedahkan kos kerugian yang saya alami. Apa yang saya tahu,  perkara ini sedang berleluasa kerana malam tadi sahaja, terdapat lebih tiga kes ragut yang berlaku di kawasan yang sama," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ayda sempat menasihatkan agar kaum wanita berhati-hati dengan keadaan sekeliling agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

"Saya tak rasa trauma, tapi saya rasa terkejut kerana saya diragut ditempat terbuka seperti di sebuah kafe dan tempat itu kelihatan selamat kerana masih ramai orang lagi di sana.

"Kepada wanita diluar sana, saya nasihatkan agar anda semua lebih berhati-hati, tak kira tempat dan masa kerana kejadian buruk boleh berlaku dalam sekelip mata," kata Ayda.

- Astro Awani

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat terkejut apabila beg tangan miliknya diragut oleh dua orang lelaki ketika dia sedang berada di sebuah...


Fara Hanim Razak, 25, masih baru dalam arena pengacaraan tanah air. Apatah lagi program dihoskan gadis ini menjurus informasi membabitkan wanita.

Memiliki pakej lengkap dengan personaliti menawan dan berhijab, Fara mengakui dia makin selesa mengemudi program Soal Wanita bersendirian. Soal Wanita kini musim kelapan, disiarkan TV AlHijrah (TVAH) selama sejam setiap Sabtu, jam 12 tengah hari.

Bersua dengan Fara atau Nor Farahanim Abd Razak ketika sesi fotografi, dia peramah dan petah berbicara. Memiliki ijazah Perhubungan Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fara berkata rezekinya dilamar menjadi pengacara berlaku secara kebetulan.

Ujarnya, dia tidak menjalani uji bakat sebaliknya tawaran itu diperoleh melalui foto dimuat naik pada laman sosial Instagram (IG).

“Saya pun tidak sangka mendapat peluang menceburi bidang pengacaraan untuk program di TVAH. Apa pun, ia peluang keemasan sangat berharga.

“Sejak kecil, saya suka bercakap dan peramah. Jadi, apabila peluang tak diduga diperoleh untuk menjadi pengacara, takkan ditolak?

“Lebih baik saya gunakan peluang itu untuk mencuba. Apa pun, pada mulanya mengacarakan program Soal Wanita berdua dengan Ida.

“Namun, selepas Ida mendirikan rumah tangga, dia mengambil keputusan menarik diri kerana mahu fokus komitmen terhadap keluarga,” katanya.

Daripada dua orang bekerjasama mengacara Soal Wanita, kini hanya Fara menggalas tanggungjawab diberi.

Mengulas cabaran dihadapinya, Fara akui beraksi mengacara seorang diri memang cabaran besar buatnya malah sesiapa jua.

Bagaimanapun, dia mengambil pendekatan sering berbincang dan bertukar pandangan dengan penerbit untuk idea lebih baik dan berkesan.

“Syukur alhamdulillah, sekarang saya semakin lancar mengacara dan lebih spontan beraksi depan kamera walaupun seorang diri.

“Lagi pun kalau musim sebelum ini rakaman Soal Wanita dibuat dalam studio tetapi kini ada pembaharuan bersesuaian cita rasa penonton remaja.

“Sekarang program Soal Wanita yang saya hoskan lebih lasak. Secara tidak langsung menggambarkan seorang Muslimah berhijab boleh melakukan apa saja aktiviti.

“Hijab bukan halangan tapi pada masa sama, adab sopan tetap perlu dijaga termasuk peka aspek pemakaian bersesuaian,” katanya.

Berbicara soal populariti, Fara berkata, pembabitannya dalam bidang penyiaran sebagai pengacara hanya untuk mengetengahkan bakat.

“Saya sangat berminat dengan bidang pengacaraan. Apabila peluang sudah diperoleh, ia perlu saya gunakan sebaik mungkin.

Pembabitan saya sebagai pengacara bukan untuk mengejar populariti sebaliknya sudah cukup gembira apabila kemunculan diterima baik penonton.

“Kini adalah masa untuk saya menonjolkan bakat dan menimba pengalaman. Soal populariti, saya lebih selesa tolak ke tepi,” katanya.

Kata Fara, dia sentiasa yakin bakat adalah keutamaan dan populariti akan datang kemudian selepas berjaya mempersembahkan bakat sebenar.

Mengenai kritikan diterima, Fara bersikap positif dan tidak cepat melatah dengan kritikan. Katanya, dia sentiasa berusaha memberikan yang terbaik pada setiap tugasan diberi.

“Jika masih mendapat kritikan penonton, saya terima saja. Mana yang baik saya teruskan. Sebalik­nya saya tidak berkecil hati dan menerima kritikan diberi dengan hati terbuka,” katanya.

Fara juga sentiasa sedia memperbaiki kelemahan diri. Katanya, manusia tidak sempurna dan teguran penting untuk muhasabah diri.

Berkongsi juga harapannya, Fara akui menyimpan impian suatu hari nanti mendapat peluang mengacara program siaran langsung.

- metro

Fara Hanim Razak, 25, masih baru dalam arena pengacaraan tanah air. Apatah lagi program dihoskan gadis ini menjurus informasi membabitk...